Produksi Independence Day: Resurgence

Kemungkinan untuk sebuah sekuel kepada Independence Day telah lama dibincangkan.[6] Penerbit dan penulis filem ini, Dean Devlin pernah berkata bahawa reaksi dunia terhadap Serangan 11 September mempengaruhi beliau untuk mempertimbangkan secara serius membuat sekuel untuk filem ini.[7][8] Devlin mula menulis garis besar untuk skrip dengan Emmerich,[9] tetapi pada bulan Mei tahun 2004, Emmerich berkata dia dan Devlin telah mencuba mencari jalan untuk menyambung cerita ini tetapi gagal dan mereka melupakan idea tersebut.[10] Pada bulan Oktober tahun 2009, Emmerich berkata dia sekali lagi merancang untuk sebuah filem sekuel,[11] dan telah mempertimbangkan idea membuat dua sekuel untuk membentuk satu trilogi.[12] Pada 24 Jun 2011, Devlin mengesahkan bahawa dia dan Emmerich telah menjumpai idea untuk filem sekuel dengan kedua-dua Emmerich dan Devlin mempunyai keinginan untuk Will Smith kembali untuk filem sekuel.[13] Pada bulan Oktober tahun 2011, perbincangan untuk Smith kembali dihentikan kerana keenganan Fox untuk menyediakan gaji $50 juta yang diminta Smith untuk dua filem sekuel. Emmerich, walau bagaimanapun, membuat jaminan bahawa filem-filem ini akan difilemkan secara berterusan sama ada Smith terlibat atau tidak.[14] Pada bulan Julai tahun 2012, Devlin mengulangi bahawa sekuel Independence Day masih berada dalam pembangunan dan skrip mengambil tempat pada tahun 2012, 16 tahun selepas acara filem asal.[15]

Pada bulan Mac tahun 2013, Emmerich menyatakan bahawa tajuk filem baru akan menjadi ID Forever Part I dan ID Forever Part II.[16] Filem ini akan mengambil tempat dua puluh tahun selepas acara asal. Bill Pullman telah mengesahkan penyertaannya tetapi Will Smith tidak. Pada bulan Mei tahun 2013, Roland Emmerich dan Dean Devlin menyebut bahawa lubag cacing akan digunakan dalam plot ID Forever dan menambah bahawa mereka mahukan Jeff Goldblum untuk menyambung wataknya dari filem asal.[17] Pada bulan Jun 2013, Emmerich mengesahkan kepada Daily News bahawa Will Smith tidak akan kembali kerana dia terlalu mahal.[18] Kemudiannya pada bulan Jun, ia disahkan bahawa Goldblum dan Pullman akan kembali dalam filem sekuel dan seorang karakter gay akan ditampilkan.[19][20] Pada 26 September 2013, Michael B. Jordan telah dikatakan dipertimbangkan untuk satu peranan dalam filem ini.[21] Pada 29 Mei 2014, ia telah diumumkan bahawa skrip untuk sekuel pertama ditulis oleh Emmerich dan Devlin akan ditulis semula oleh Carter Blanchard.[22] Pada 26 November 2014, Deadline mengesahkan bahawa Fox telah memberi lampu hijau untuk filem ini dan mereka sedang berbincang dengan Emmerich untuk mengarah manakala pemilihan pelakon dilaporkan akan bermula selepas pengesahan Emmerich.[23] Tajuk penuh, Independence Day: Resurgence didedahkan pada 22 Jun 2015.[24]

Pemilihan pelakon

Pada 27 Januari 2015, pemilihan pelakon bermula dengan Fox menawarkan watak utama kepada Liam Hemsworth.[25] Charlotte Gainsbourg berada dalam perbincangan untuk menyertai barisan pelakon, didedahkan oleh THR pada 20 Mac 2015.[26] Pendatang baru, Travis Tope telah ditetapkan pada 25 Mac 2015 untuk menyambung watak Charlie.[27] Pada 3 Mac 2015, Emmerich mengesahkan melalui Twitter tentang perkembalian Vivica A. Fox untuk melakonkan wataknya dalam filem sebelum ini, Jasmine Dubrow.[28][29] Pada hari yang sama, Jessie Usher telah ditambah ke barisan pelakon untuk melakonkan watak anak tiri karakter Smith.[30] Jeff Goldblum dan Bill Pullman juga dijadual untuk menyambung watak asal mereka daripada filem sebelumnya.[31] Maika Monroe menandatangani untuk membintangi filem ini pada 27 April 2015.[32] Pemilihan Sela Ward sebagai Presiden baru Amerika Syarikat telah disahkan pada 4 Mei 2015.[33] Pada 13 Mei 2015, Mckenna Grace juga menyertai filem ini sebagai Daisy.[34] Pada 19 Mei 2015, Patrick St. Esprit telah dipilih untuk watak Setiausaha Pertahanan, Tanner.[35] Pada 29 Mei, 2015, William Fichtner telah dipilih untuk watak Jeneral.[36] Pemilihan Angelababy telah diumumkan melalui Twitter oleh Emmerich pada 3 Jun 2015.[37]

Penggambaran

Pada bulan November 2014, produksi dijadual bermula pada bulan Mei tahun 2015.[23] Penggambaran dijadual bermula pada 5 Mei2015 di Albuquerque, New Mexico.[38] Menurut King dan Devlin, penggambaran bermula pada 20 April 2015.[39][40] Penggambaran selesai pada 22 Ogos 2015.[41] Penggambaran babak tambahan mengambil tempat pada awal tahun 2016 di Los Angeles. Beberapa babak juga difilemkan di London dan di Burj Khalifa, Dubai serta Marina Bay Sands, Singapura.[42]

Rujukan

WikiPedia: Independence Day: Resurgence http://www.thenational.ae/blogs/scene-heard/burj-k... http://www.boxofficemojo.com/schedule/?view=change... http://collider.com/dean-devlin-independence-day-s... http://collider.com/indepdendence-day-2-release-da... http://collider.com/independence-day-2-synopsis-re... http://comicbook.com/2015/08/23/independence-day-r... http://deadline.com/2014/11/independence-day-seque... http://deadline.com/2015/05/billy-lynns-long-halft... http://deadline.com/2015/05/william-fichtner-indep... http://www.deadline.com/2015/05/sela-ward-independ...